Jerebu dan Kesihatan

Oleh kerana Jerebu sedang melanda kawasan Klang, Shah Alam, Pelabuhan Klang sekarang ini, maka kami di Farmasi Ideal akan memberikan beberapa fakta penting mengenai Jerebu untuk makluman penduduk di sekitar Kampung Jawa, Klang, Alam Impian dan lain-lain yang berdekatan.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Jerebu

APA ITU JEREBU?

Fenomena yang disebabkan kandungan partikel kecil atau pollutant yang tidak terlihat oleh mata kasar yang terapung-apung di udara. Partikel ini mungkin berasal dari sumber semulajadi mahupun disebabkan oleh pencemaran udara melalui pembakaran hutan, asap kenderaan ataupun pembakaran industri.

Apabila partikel ini wujud dalam keadaan yang banyak dan berkelompok, ianya boleh menghalang sinaran matahari dan menyekat jarak penglihatan mata.

INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

Ianya adalah indeks yang mengukur kandungan zarah halus dalam udara (10 mikron ke bawah) dan juga gas-gas lain yang boleh mengancam kesihatan di dalam udara.

0-50        : Baik

51-100   : Sederhana

101-200: Tidak sihat

201-300: Sangat tidak sihat

301-500: Berbahaya

SIAPAKAH YANG PALING BERISIKO KETIKA JEREBU?

1. Kanak-kanak

2. Orang tua

3. Mereka yang berpenyakit: asthma, bronkitis, paru-paru, jantung dan alahan

4. Perokok

5. Mereka yang bekerja di luar rumah dan pejabat.

TANDA DAN GEJALA KESAN JEREBU?

Simptom dan Tanda

1. Gatal di bahagian kerongkong dan batuk.

2.Sukar bernafas atau sesak nafas

3. Mata terasa pedih dan berair

4. Hidung berair dan kerap bersin

5. Kulit terasa gatal-gatal

6. Sakit dada

TIPS MENJAGA KESIHATAN KETIKA JEREBU

- Jika tanda-tanda gejala kesihatan seperti batuk, sakit kerongkong , sakit dada bertambah buruk, segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

- Gunakan penutup hidung bagi penunggang motosikal dan mereka yang bekerja di kawasan yang terdedah.

- Seboleh mungkin, tinggallah di rumah

- Kurangkan aktiuviti sukan di kawasan terbuka dan luar rumah untuk sementara waktu.

- Jika kenderaan mempunyai penghawa dingin, gunakanlah.

- basuh muka dan kawasan kulit yang terdedah dengan air bersih sekerap mungkin untuk mengelakkan alahan bagi mereka yang berkulit sensitif.

- Minum air dengan banyak bagi mengelakkan sakit kerongkong dan batuk.

- Bagi mereka yang berisiko tinggi (pesakit asma dan paru-paru), seeloknya ambillah cuti dan keluar dari kawsan jerebu dan berehat dikawasan yang tidak terjejas dengan jerebu.

SEMOGA ANDA MENDAPAT MANFAAT DARI ARTIKEL RINGKAS INI.

Rujukan:

1.Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

2. Jabatan Alam Sekitar