Arthritic Pain: What’s help?

Artritis adalah kesakitan di jari, lutut, siku, pinggul,rahang atau mana-mana tempat dalam badan di mana terdapatnya percantuman sendi dan tulang. Kesakitan boleh disebabkan oleh keradangan yang berlaku kepada sendi tersebut ataupun sebab lain. Bacaan lanjut mengenai punca arthritis di sini.

Selain mengambil ubat-ubatan/ supplement yang telah dipreskrib oleh doktor untuk penyakit arthritis anda, hari ini kita akan cuba merungkai beberapa cara merawat arthritis menggunakan home remedy terutamanya bagi mengurangkan kesakitan yang dihadapi.

Antara herba/sayuran yang terbukti dapat membantu mengurangkan keradangan arthritis adalah seperti berikut:

1. Celery

Tumbuhan ini mempunyai 25 bahan yang mempunyai anti-inflammatory effect. Anti-inflammatory akan mengurangkan bengkak dan kesakitan. Selain itu, celery juga kaya dengan potassium. Kekurangan potassium adalah  punca utama serangan arthritis. Pengambilan terbaik adalah dengan cara menjadikannya sebagai Jus ataupun di steam. Tetapi terdapat banyak pengeluar vitamin seperti Biolife and Kordel juga mengeluarkan extract Celery yang telah diproses menjadi bentuk yang mudah diambil.

Image  ImageImage

2. Halia/Ginger

Halia antara yang paling efektif untuk merawat arthritis dan penguat untuk bahan lain. Kajian terbaru di Holland menunjukkan pengambilan halia dapat mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh arthritis. Jadi masa tengah sakit, try lah buat teh halia pekat dan makan masakan yang dicampur dengan banyak halia. Selain untuk artritis,ianya juga banyak kegunaan lain seperti sakit tekak, dan juga resdung.

Image

3. Buah ceri

untuk menghilangkan sakit gout, makan 6-8 biji ceri setiap hari, Tak kisah ceri dalam tin, fresh ataupun yang disejukbeku. Rawatan ini telah digunakan oleh orang jepun sejak berkurun lamanya. Ada juga yang menjadikan ceri seperti sirap dengan cara mendidihkannya dengan sedikit air sehingga pekat. Ceri mengandungi banyak magnesium (natural painkliller) dan potassium yang bertidak sebagai diuretic (pelawas kencing) maka mengurangkan bengkak dengan cara memaksa air lebihan dari badan keluar.

Image

4. Boswellia Serrata

Berkurun lamanya, Boswellia telah digunakan sebagai natural anti-inflammatory/keradangan dapat perubatan ayurvedic. Extract getah tumbuhan ini, yang banyak terdapat di India, telah digunakan secara meluas untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan sendi yang biasa dihadapi oleh penghidaap arthritis. Kajian saintific moden telah mengsahkan Boswellia menghalang penghasilan Leukotrienes, cel imun badan yang bertanggungjawab menyebabkan keradangan/inflamasi. Pengambilan yng berterusan juga membantu melancarkan pengaliran darah ke sendi dan tissue lembut di sekitarnya. Boswellia juga sangat efektif untuk merawat ulcerative colitis. Penyakit yang simptomnya cirit birit atau najis berdarah.

Boswellia-Serrata ajht untuk sakit belakang

 

 

 

 

6. Aloe Vera

Aloe vera tidak bertindak secara terus/direct untuk mengurangkan kesakitan. Tetapi ianya bertindak dengan cara membuatkan badan kita menghasilkan hormon2 serta protin2 yang diperlukan untuk menentang inflamasi dan kesakitan.

aloe_vera-11

7. Sengatan Lebah

Bunyinya macam satu penyiksaan kan? Tapi Hippocrates telah menggunakan kaedah ini sejak 2000 tahun yang lalu. Pernah menjadi salah satu rawatan yang paling effective untuk merawat sakit arthritis. Rawatannya samada menggunakan lebah hidup ataupun menggunakan venomnya yang disuntik menggunakan jarum. Rawatan ini dipanggil sebagai Counter Irritation therapy.. Pelik kan bunyinya.. tapi percayalah,, ianya benar!!

Bee-Sting-Therapy-benefits

8. Mandi air/wap panas.

Berendam dalam air suam ketika sedang menanggung kesakitan amat membantu untuk mengurangkan kesakitan tersebut. Cuba berendam dalam suhu air paling tinggi yang badan anda boleh terima/tahan selama satu jam. Lebih baik jika di titiskan 4-5 titis pati minyak eucalyptus. Memang terbaik. Mungkin sebab ini juga, orang jepun kurang menghidap penyakit arthritis sebab mandi air panas adalah kebiasaan mereka.

426489_10200104489791077_1094849188_n

Walaupun sebenarnya banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan sakit yang disebabkan oleh arthritis, rasanya cukuplah sampai disini dulu ye..

Apapun, Supplement yang ada di Farmasi Ideal selain  Glucosamine + Chondroitin, Adalah seperti berikut:

1. Advance Joint Health Tablet (60 biji)- RM124

2. Celery 3000mg (Biolife) 200biji – RM 109.90

3. Vegesamine 500mg (21st century) 30biji- RM 29.95

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan di ruangan komen atau menelefon kami di Farmasi Ideal untuk order dan pembelian

Supplement terbaik untuk Osteoarthritis

Apakah itu Osteoarthritis?

ImageImage

Penyakit sendi dikenali sebagai osteoarthritis. Sakit sendi ini berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Apabila permukaan sendi haus, ia mendorong sendi menjadi bengkak dan kebas.Sendi yang paling terkesan adalah LUTUT. Kesakitan di lutut adalah signifikan kerana kita mengggunakan lutut hampir dalam semua keadaan seperti duduk, berjalan, berlari dan sebagainya.

Antara supplement yang dibuktikan mempunyai kesan positif melalui kajian saintifik adalah seperti berikut:

1) GLUCOSAMINE SULFATE

terdapat lebih dari 20 kajian yang menunjukkan kesan positif Glucosamine kepada pesakit Arthritis. Antara kesan glucosamin adalah

-Mengurangkan sakit lutut sehingga 21%-40%

-Menghasilkan kesan ubat penahan sakit seperti Ibuprofen,piroxicam dan acetaminofen walaupun masa memperolehi kesan tersebut lambat tetapi kesannya adalah lebih lama.

-Pada dose 1500mg sehari, ianya dapat mengurangkan risiko progressi osteoarthritis sehingga 54%.

-Selamat digunakan oleh mereka yang mempunyai penyakit diabetes kerana tidak mempunyai kesan kepada fungsi insulin.

-Tiada dokumentasi yang menunjukkan ianya tidak selamat untuk mereka yang alah pada makanan laut walaupun glucosamine dihasilkan dari kulit kerang.

2. CHONDROITIN SULFATE

merupakan molekul yang memberikan kartilage kita keanjalan dan kekuatan. Mengikut kajian awal, chondroitin didapati dapat

-mengurangkan progressi penyakit osteoarthritis

-memberikan kesan sinergistik dalam mengawal kesakitan berkaitan arthritis jika dimakan bersama ubat penahan sakit berbanding memakan hanya ubat penahan sakit sahaja.

3. HYALURONIC ACID

-bersifat pelincir dan meng’kusyen’kan tisu-tisu penyambung didalam badan. Ianya telah diluluskan oleh FDA untuk dicucuk terus ke ruang antara sendi di lutut.

Image

Banyak produk-produk supplement dari dalam dan luar negara yang mempunyai kombinasi Glucosamin dan chondroitin. Antara yang mendapat maklumbalas positif pengguna di Farmasi Ideal adalah seperti berikut:

a) FLEXIJOINT (Glucosamine powder 1500mg) = RM 80/30sachets

Image

b) OSTEOACTIVE 3 IN 1 (Glucosamine 1000mg + Chondroitin 880mg +MSM 1000mg) =RM112/30 sachets

Image

c) COSAMIN PLUS (Glucosamine 250mg + Chondroitin 200mg) = RM70/100caps

d) VIARTRIL S 500 (Glucosamine 500mg) = RM114/90caps

Image

e) FLEXISEQ GEL (Sequesome Technology)= RM85/50g

Image

Ubat penahan sakit yang biasa digunakan untuk pesakit arthritis adalah:

-Indometacin

-Ibuprofen 

Kunjungi /Hubungi kami untuk konsultasi mengenai masalah Osteoarthritis anda mengikut keadaan anda kerana setiap manusia adalah unik dan cara mengubatinya juga berbeza…

Rujukan:

1. MIMS PHARMACY 4th edition 2011/2012

2. Sparkpeople.com

3. Arthritis Foundation :http://www.arthritis.org/conditions-treatments/disease-center/osteoarthritis/

4. Osteoarthritis:WebMD :http://www.webmd.com/osteoarthritis/

Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang tidak selamat!!

Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar “Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang”

Tarikh: 11 Julai 2013 – 3:36pm
Kategori berita:
Tarikh terbit:
Isnin, 8 Julai 2013

1.         Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan PRODUK TIDAK BERDAFTAR yang dijual sebagai ubat tradisional melayu dan yang dilabel dengan nama ‘MAAJUN KUAT KHASIAT SAKIT PINGGANG’.lampiran maajun

PERIHAL PRODUK DAN KESAN ADVERS YANG DILAPORKAN

2.         Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah menerima sebanyak dua (2) laporan kesan advers yang melibatkan produk Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang. Kesan-kesan advers yang dilaporkan ialah ‘Cushing’s Syndrome’, lemah otot dan kesan advers kulit yang serius ‘Steven’s Johnson Syndrome’.

3.         Hasil ujian yang telah dilakukan oleh BPFK mendapati produk ini disyaki mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952. Label pada produk tersebut menyatakan bahawa ia berkhasiat untuk sakit-sakit lutut, sakit urat, letih, sakit bahu, bengkak-bengkak ringan, sakit pinggang dan lengu-lenguh seluruh badan. Label produk juga mengelirukan pengguna dengan menyatakan ianya hanya mengandungi ramuan semulajadi sahaja.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL

4.         Dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid dengan fungsi antiradang yang kuat dan biasa digunakan dalam rawatan alergi. Ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan preskripsi doktor kerana ia perlu diambil dengan dos yang sesuai mengikut keadaan pesakit. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional.

5.         Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaucoma. Pesakit juga boleh mengalami ‘Cushing’s Syndrome’ yang dicirikan dengan muka membulat (round face) dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK INI

6.         Sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk-produk ini melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

7.         Orang awam yang sedang menggunakan produk Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang adalah dinasihatkan supaya SEGERA mendapatkan nasihat dan rawatan dari profesional kesihatan. Mereka juga diminta supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan ubat-ubatan tradisional yang dijual pada harga tidak munasabah dengan tuntutan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.

8.         Pesakit yang mengidap penyakit kencing manis adalah dinasihatkan supaya tidak menggunakan produk ini kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi yang serius.

9.         Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar ini dinasihatkan supaya dapat menghubungi Bahagian Perkhidamatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-7841 3200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my bagi menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membenteras pengedaran produk ini di pasaran.

10.       Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-7883 5400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my.

DATO’ EISAH BINTI ABDUL RAHMAN
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia

Kebaikan Virgin Coconut Oil Kepada Ibu Mengandung dan Ibu yang Menyusukan

Image

Tahukah anda bahawa minyak kelapa dara mempunyai banyak kebaikan untuk ibu mengandung juga bagi ibu yang menyusukan? Kajian menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda. Disamping itu anak yang disusukan oleh  ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, juga akan mendapat khasiat tambahan , kerana ‘saturated fat’ yang merupakan ‘medium chain fatty acid’ (mcfa) dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkam dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid. 

 

Pengambilan & pemakanan minyak kelapa dara juga : 

 

  • Membantu memudahkan mereka melahirkan anak  dan dapat membantu memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin lagi-lagi jika mula disapukan seawal 7 bulan mengandung dan diteruskan sehingga selepas bersalin. 

 

  • Minyak kelapa dara  juga amat sesuai dijadikan sebagai losyen pada kulit untuk setiap peringkat umur, tanpa mengira usia. Menurut Dr Joseph Mercola (pengarang total health program) dan Rachael Droege (kedua-duanya merupakan pakar kesihatan), kandungan lauric oil dan capric oil yang terdapat sekitar 50% dalam minyak kelapa dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit dan membunuh segala virus, bakteria dan protozoa.

 

  • Minyak kelapa dara  ini sangat sesuai bagi kegunaan luaran bayi anda yang berumur dari 1 hari hingga 6 tahun. Bahagian yang penting yang perlu disapu ialah kepala (rambut ), sendi-sendi, punggung dan bahagian yang mudah terkena serangan ruam lampin, kerengsaan kulit, juga bahagian leher dan dada bayi, (bahagian yang mudah mendapat ruam susu), kulit kering dan melecet. Anda tidak perlu bimbang kerana minyak kelapa dara  ini tidak mengandungi sebarang toksin ataupun bahan kimia dan tidak merbahaya jika terkena mata bayi anda.

Cubalah produk VCO dari Tropika beauty yang boleh didapati di Farmasi Ideal secara on line.. Mendapat banyak feedback positif dari pelanggan yang telah mencuba dan saya sendiri amat berpuas hati menggunakan produk mereka. Terutama sekali  produk Tropika Baby Hair & Body Oil yang saya sapukan ke perut sepanjang waktu mengandung dan juga Krim Telon Herba yang saya gunakan untuk masalah selsema, batuk, dan kembung perut anak saya yang berusia 2 tahun..

ImageImage

 

Image

Produk Ginseng yang mengandungi bahan terlarang..

Salam,

Mesti ramai yang suka makan Ginseng kerana yakin dengan khasiatnya yang pelbagai kan? Terdapat banyak produk ginseng dari pelbagai pengeluar di pasaran. Pihak Farmasi Ideal sekadar nak sampaikan berita dari pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan ni yang telah menarik balik pendaftaran produk tradisional Kapsul Benkwat Ginseng Plus 500mg (MAL07031076T).

Ni gambar dia…

Bacaan lanjut boleh baca disini: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, News

JAdi berhati-hati ye jika ambil ubatan tradisional.

Self Treatment Untuk Tumit Pecah @ Cracked Heel

Pengenalan

Tumit kaki yang pecah adalah masalah kaki yang sangat biasa, sering dirujuk sebagai rekahan tumit. Ianya adalah disebabkan oleh kulit kering dan menjadi lebih rumit jika kulit di sekitar pinggir tumit tebal. Biasanya menyebabkan kesakitan dan kulit boleh berdarah.

Sesetengah orang  mempunyai kulit yang semulajadi kering  membuatkan kulit mudah retak. Kulit tebal kering (CALLUS) di sekitar tumit lebih cenderung untuk pecah  disebabkan oleh faktor-faktor mekanikal yang meningkatkan tekanan di kawasan itu (contohnya cara anda berjalan).

Faktor-faktor  penyebab tumit retak termasuk:
* Selalu berdiri dalam masa yang lama
* Kerana masalah berat badan
* Memakai kasut yang tidak bertutup di tumit seperti sandal, flipflop dan sebagainya.
* Beberapa keadaan perubatan cenderung kpd untuk kulit yang kering (contohnya kencing manis)
* Keadaan kulit (contohnya psoriasis)

Self-treatment untuk tumit retak:
* Menggunakan krim pelembap yang berasaskan minyak dua kali sehari adalah benar-benar penting untuk mengatasi masalah ini. Batu pumis boleh digunakan untuk mengurangkan ketebalan kulit keras.

* Elakkan menggunakan kasut yang terbuka tumit dan bertapak nipis serta tidak memberikan sokongan kepada badan.

* Jangan sekali-kali cuba untuk membuang kulit keras  dengan pisau cukur atau gunting. Jangkitan kuman mungkin boleh diperolehi jika terluka.

* Sapukan minyak sayuran atau mentega ke tapak kaki selepas memabsuhnya dengan air suam (jangan panas kerana air panas juga mengeringkan kulit). Lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Pakai stokin yang selesa dan biarkan semalaman. Lakukan beberapa malam untuk mendapatkan hasil.

*Lepas makan pisang, jangan buang kulitnya. Lulurkan pada tapak atau tumit yang kering dan biarkan selama sepuluh minit sebelum dibersihkan dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin. (Bukan saja tumit cantik, masalah sembelit pon tiada!!)

*Yang last tips ni mudah dan murah. Rendam kaki selama 15 minit dalam air limau yang suam. lakukan seminggu sekali saja. Jangan terlalu kerap. Boleh lakukan sebagai maintainan lah lepas kaki dah tak cracked lagi.

Walaubagimanapun, jika anda malas nak layan cara tradisional and DIY ni, kunjungilah mana-mana farmasi atau kedai ubat dan belilah cream-cream khusus untuk menangani masalah tumit pecah ni. Antara yang famous adalah dari Scholl, Ellgy dan Franch Oil.

Jagalah kaki anda dengan sebaiknya. Bukan sekadar nampak cantik, tetapi juga demi melancarkan urusan kita untuk beribadat dan bekerja.

Semoga anda mendapat manfaat dari post kali ini!!!

Supplemen 1: Habbatus Sauda

Habbatus Sauda

Kadangkala ia digelar sebagai “bijirin hitam” atau “jintan hitam”.

Daripada Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w. bersabda, “Harbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali Al Saam.” Aisyah r.ha. pun bertanya: ” Apakah Al Saam itu?” Jawab Baginda s.a.w. “Mati.” (Riwayat Al-Muslim)

Khasiat-khasiat yang terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang bertajuk “Rahsia Perubatan Habbatus Sauda’” yang dikarang oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi AL-Latifi.

Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

1. Asid Urik dan Gout

Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asthma

Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).

3. Selsema

Ia dapat menyembuhkan selsema.

4. Tekanan Darah Tinggi

Ia boleh merendahkan tekanan darah.

5. Alahan (Allergic)

Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).

6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)

Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.

7. Melancarkan Pengeluaran Susu

Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.

8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)

Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.

9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh

Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

10. Barah

Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”,  yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).

11. Kuman-kuman

Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.

12. Ceret-Beret disebabkan Kuman

Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.

13. Kencing Manis

Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.

14. Rheumatisme

Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migren.

Amat baik juga dimakan bersama madu kerana khasiat madu juga adalah sangat baik malah telah diberitakan di dalam Al-Quran